INFO

Hikmah di Sebalik Sakit yang Menimpa Kita


1.Diampuni dosa dan kesalahan
"Setiap musibah yang menimpa mukmin, baik berupa wabak, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti Allah menjadikannya pengampun dosa-dosanya." (HR. Bukhari-Muslim)
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa gangguan berupa penyakit dan lain-lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya." (Bukhari-Muslim)

2.Ditinggikan Derajatnya
“Tidaklah seorang mukmin tertusuk duri atau yang lebih kecil dari duri, melainkan ditetapkan baginya satu derajat dan dihapuskan darinya satu kesalahan.” (HR Muslim)
Dari Aisyah, dia berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihiwa Sallam bersabda (yang artinya): "Tidaklah seorang Mukmin itu tertimpa penyakit encok sedikit pun, melainkan Allah menghapus darinya satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggalkan baginya satu derajat."
(Ditakrij Ath-Thabrani dan Al-Hakim. Isnadnya Jayyid)
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dia berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda (yang artinya): "Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki kedudukan di sisi Allah, namun tidak ada satu amal yang bisa menghantarkannya ke sana. Maka Allah senantiasa mencobanya dengan sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia bisa sampai ke kedudukan itu."
(Ditakhrij Abu Ya'la, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim; Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)

3.Pembuka Jalan Ke Surga
"Allah Subhanahu berfirman: "Hai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keridhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meridhai pahala bagimu selain surga."
(Ditakhrij Ibnu Majah; Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)

4. Keselamatan dari Api Neraka
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, bahwa beliau menjenguk seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah. lalu beliau bersabda (yang artinya): "Bergembiralah, karena Allah Azza wa Jalla berfirman, 'Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari neraka pada hari akhirat."
(Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan Al-Hakim. Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)

5. Menjadikan kita ingat kepada Allah dan kembali kepada Nya
Biasanya ketika seseorang dalam keadaan sehat wal afiat, suka tenggelam dalam kenikmatan dan syahwat. Menyibukkan diri dalam urusan dunia dan melalaikan Allah, yang tidak jarang terjerumus dalam kemaksiatan dan kedurhakaan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ketika Allah mencobanya dengan sakit atau musibah lain, dia akan ingat kepada Allah, bertobat, dan kembali memenuhi hak-hak Allah yang telah dia tinggalkan.

(Sumber Hikmah sakit: One's Muslim Site)




Janji Seekor Rusa


Cerita ini diceritakan oleh Al Habib Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid ketika Majlis Maulidur Rasul di Matin pada 19 Februari 2012.


Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w. Sedang berjalan bersendirian di padang pasir, dia mendengar suara memanggilnya: “Wahai Rasulullah, wahai Rasulullah!”.

Rasulullah memandang sekeliling, mencari-cari suara yang memanggilnya itu. Beliau tidak nampak sebarang kelibat manusia yang memanggilnya. Puas beliau melihat sekeliling. Kemudian beliau terdengar lagi suara itu memanggil: “Wahai Rasulullah, Rasulullah, saya di sini!...”

Rasulullah cuba melihat-lihat arah suara itu datang. Tidak jauh dari tempat beliau berdiri, rupa-rupanya ada seekor rusa betina terbaring sambil kakinya diikat kemas. Disisinya adalah seorang baduwi yang sedang tidur dengan pakaiannya menyelubungi dirinya.

Rasulullah menghampiri rusa itu. Sebaik tiba, rusa itu berkata: “Wahai Rasulullah. Baduwi ini telah menangkap saya. Saya ada dua ekor anak kecil di sebalik bukit itu. Bolehkah tuan buka tali ini supaya saya boleh balik dan menyusu mereka. Saya berjanji akan kembali semula kepada baduwi ini, sebaik menyusukan anak saya.”

Rasulullah bertanya kepada rusa itu: “Adakah kamu benar-benar akan pulang semula ke mari?

Rusa itu menjawab: “Allah akan menyeksa saya dengan seksaan yang berat jika saya mungkir janji.”

Mendengar janji rusa itu, Rasulullah pun segera membuka ikatan rusa itu. Sebaik ikatannya dibuka rusa itu terus berlari ke arah bukit. Dia pergi mendapatkan anaknya yang sedang berlindung di sebalik bukit itu. Anak-anak rusa itu masih kecil dan masih menyusu. Mereka kelihatan gembira apabila ibunya pulang. Anak-anak rusa itu berebut-rebut mendapatkan ibunya untuk menyusu. Mereka sedang dalam kelaparan.

Selepas beberapa ketika anak-anak rusa itu menyusu, mereka tertidur kekenyangan. Ibu rusa itu kemudia bangun untuk menunaikan janjinya kepada Rasulullah. Dengan perlahan suapaya tidak mengejutkan anak-anaknya, ibu Rusa itu mencium mereka dan segera kembali ke tempat di mana Rasulullah sedang menunggu tadi.

Sebaik di sisi Rasulullah, dia membaringkan dirinya untuk diikat kembali seperti tadi. Rusa itu diam tidak berkata apa-apa. Ketika Rasulullah sedang mengikat kaki rusa itu, Baduwi yang sedang tidur itu terjaga. Dia terperanjat melihat Rasulullah sedang mengikat rusanya. Dengan penuh hormat, dia berkata kepada Rasulullah:

"Wahai Rasulullah, saya lebih dahulu menangkap rusa ini. Adakah tuan perlukan dia?”

Rasulullah menjawab ringkas: “Ya”.

Baduwi berkata kepada Rasulullah: “Baiklah, tuan lebih berhak. Rusa ini kini milik tuan.” Baduwi itu seorang yang baik. Dia tidak banyak bersoal jawab atau membantah kata-kata Rasulullah.

Sebaik mendengar kata-kata baduwi itu, Rasulullah terus membuka ikatan ibu rusa itu. Dia kemudian melepaskan ibu rusa dan membiarkan ia pergi. Ibu rusa yang sudah bebas itu berlari ke arah bukit sambil melompat-lompat kegembiraan. Sebelah kakinya memukul-mukul kaki yang lain sebagai tanda gembira sambil berteriak: “Saya mengaku tiada tuhan kecuali Allah dan tuan adalah utusan Allah...”






Rahsia Di Sebalik Minum Air Kencing Unta



Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakit). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis dari Sahih Bukhari)

Sejak 3000 tahun sebelum Masihi lagi Manusia telahpun mengenali Unta. Mereka menggunakan unta sebagai alat transport manusia dan pengangkutan barang. Di samping itu, unta juga dijadikan sebagai sumber gizi dengan meminum susu dan memakan dagingnya.

Sebenarnya Yang bermanfaat dari unta ternyata bukan hanya daging dan susunya saja tetapi juga air kencingnya. Ibnu Sina, penulis kitab Al-Qanun (panduan ilmu kedoktoran), “Ketahuilah bahwa susu unta adalah ubat yang bermanfaat. Kerana susu unta mengandung zat yang dapat melarutkan secara halus dan juga mengandung zat-zat khusus yang bermanfaat. Hal ini telah dicuba kepada orang yang ditempatkan di negeri Arab.”

“Ketika tertimpa bahaya mereka diminumkan susu unta lalu Mereka pun sembuh,” dalam pernyataan beliau, “air kencing yang paling bermanfaat adalah air kencing unta Arab.”Mungkin bagi sebagian orang air kencing itu adalah suatu hal yang menjijikan dan tidak bermanfaat , namun ternyata bahawa itu adalah suatu anggapan yang salah menegnainya, sesungguhnya air kencing Unta adalah penawar yang memiliki banyak manfaat yang luar biasa.

Telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. pada sebuah peristiwa yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa datang kepada rasulullah orang Urainah (di Madinah). mereka sakit kerana tidak sesuai dengan cuaca di Madinah. Dan rasulullah s.a.w. pun menyuruh mereka mencari unta, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu, Mereka pergi dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w, dengan izin Allah Ta’ala Setelah meminumnya mereka sembuh dari penyakit tersebut.



Susu Dan Air Kencing Unta Mengubati Penyakit Kanser


Banyak orang yang putus harapan kerana penyakit yang sangat berbahaya ini. Apatah lagi yang telah dijangkakan tidak lama untuk hidup.

Kanser merupakan suatu penyakit yang disebabkan olehpertumbuhan sel-sel jaringan tubuh yang tidak normal. Dalam keadaan normal, sel hanya akan membahagikan diri untuk mengantikan sel-sel yang telah mati dan rosak sahaja.

Sebaliknya, bagi sel-sel kanser, ia akan membahagi dengan cepat menyebabkan pertumbuhan tidak normal. Bukan itu sahaja, kanser menyebabkan kerosakan organ yang terlibat dalam proses pembahagian tersebut. Kanser adalah merupakan suatu penyakit yang amat berbahaya.

Setiap penyakit pasti ada ubatnya sekalipun penyakit itu amat berbahaya .namun kaedah perubatan untuk penyakit ini masih menjadi rahsia bagi manusia, melainkan apa yang telah diberitahu oleh Allah.

Rahsia tersebut telah terjawab apabila kajian telah dilakukan pada air susu dan air kencing unta.

Air kencing dan susu unta dapat mengubati kanser. Kajian telah dilakukan kepada penderita penyakit kanser. Kajian telah dilakukan dengan tidak membenarkan mereka makan selama 40 hari melainkan hanya dibenarkan minum susu unta dan sedikit air kencing unta yang masih muda. Alhamdulillah, selepas daripada itu, mereka sembuh sepenuhnya. Kesembuhan tersebut merupakan rahmat kurniaan Allah.


Air kencing unta memiliki kandungan zat-zat yang bermanfaat seperti kalium,albumin dan magnesium yang tinggi. Kaedah perubatan air kencing unta ini pernah dijadikan karya tulisan ilmiah olehIr.Muhammad Auhaj Muhammad. Beliau menghuraikan kaedah perubatan ini telah lama ditemui sejak berabad-abad yang lalu. Dalam karya beliau, dapat disimpulkan di sini bahawa air kencing unta memiliki kepekatan yang tinggi berbanding air kencing lain dan sangat berkesan dalam membasmi virus dan bakteria.

Selain kanser, ia dapat merawat rambut gugur dengan cara memperkuatkan rambut. mereka yang mengalami masalah ini boleh mengunakan air kencing unta khususnya air kencing unta yang masih muda.

Susu unta juga mempunyai khasiat yang luar biasa. Pada zaman dahulu, orang-orang Arab akan minum susu untuk merawat perbagai penyakit seperti sakit perut, edema (bengkak),masalah hati, asma, sesak nafas dan kencing manis. Ia juga dapat menguatkan gigi danmenjaga gusi kerana di dalam susu unta terdapat vitamin C.

Berdasarkan penyelidikan para pakar dan ilmuwan, didapati di dalam susu unta terdapat asid amino yang susunannya menyerupai susunan hormone insulin.

Susu unta juga mempunyai kadar lemak yang sedikit, antara 1,2-2,8%.selain itu, ia juga memiliki kandungan yang mampu melawan racun dan bakteria .Di sebalik khasiat susu untayang luar biasa, ternyata di dalamnya terdapat kadar susu yang sangat tinggi mencapai peratus antara 84-91%. Tidak ada mana-mana susu pun dapat menyamai kadarnya. Susu unta juga mampu bertahan sehingga 12 hari. Subhanallah.


Dr. Fatin Abdurrahman Khursyid(gambar), ilmuwan Saudi yang juga staf King Abdul Aziz University (KAAU)dan Presiden Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medik King Fahd itu, setelah melakukan penelitian selama lima tahun menemukan bahwa air kencing unta dapat melawan sel kanser dengan baik.

Beliau juga mengatakan bahwa air kencing unta mengandung zat alami yang boleh membasmi sel berbahaya, serta menjaga sel-sel sihat pada pengidap kanser. Penyakit kanser yang boleh disembuhkan dengan susu dan air kencing unta meliputi kanser paru-paru, kanser darah, kanser perut,kanser usus besar, tumor otak, dan kanser payudara.

Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear

Ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk, selepas letupan di loji Nuklear Fukushima 1, katanya: “Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.”

Dr Fatin berkata lagi, “dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.”

Kemukjizatan Hadis Nabi Mengenai Susu Dan Air Kencing Unta


Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi akhir zaman telah menunjukkan kepada kita melalui Hadis-hadisnya beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan sejak 1400 tahun lagi. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menyarankan supayameminum air kencing unta sebagai penawar kepada penyakit yang mereka alami, hal ini tercatit didalam Hadis Sahih Bukhari.

Didalam Hadis Sahih al-Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu kaum dari Urainah menghadap Rasulullah s.a.w. Mereka berkata kepada Nabi; “ Kami mengalami masalah di Madinah. Perut kami kembung dan anggota badan kami terluka.” Lalu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan mereka untuk mencari peternak unta. Lalu, mereka meminum susu dan air kencing unta sehingga perut kembungnya sembuh dan kulitnya membaik. (Hadis Sahih Bukhari)

Didalam hadis tersebut, Rasulullah s.a.w. mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit yang dialami oleh kaum tersebut. Air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk diminum sebagai perubatan penawar kepada penyakit.

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa susu dan kencing unta menjadi ubat untuk beberapa penyakit.

Perut kembung disebabkan oleh radang usus besar kerana terkumpulnya zat atau enzim padanya, atau bergabungnya ratusan protein di rongga perut yang dikenal dengan edema.

Penyakit tersebut boleh diubati dengan memanfaatkan susu dan air kencing unta, kerana tambahan zat antibodi yang terdapat pada susu dan kencing unta merupakan rahsia kesembuhan atau memperbaiki berbagai penyakit seperti penyakit radang hati atau heptitis B dan C, beberapa radang usus besar yang kronis, berbagai macam penyakit kanser yang masih baru, serta gangguan pencernaan.

Itulah pelbagai keterangan dan khasiat yang dikeluarkan oleh Allah Swt yang dapat menyembuhkan segala penyakit sudah tentulah dengan keizinan Allah Ta’ala.

Semua itu mengharuskan kita untuk merenungi firman Allah Ta’ala tentang bagaimana penciptaan unta dibandingkan dengan binatang lain. Terkaitlah hal ini sepertimana Firman Allah Swt yang bermaksud:

“(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?” (Surah Al-Ghaasyiyah 88:17)


Hukum Berubat Dengan Minum Air Kencing Unta

Para ulama’ membolehkan berubat dengan minum air kencing unta.

Antara dalil mereka adalah seperti berikut :

Pertama : Hadis ‘Urayinin

Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakitan). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis Sahih Bukhari)

Hadis di atas bagi sebahagian yang mengatakan bahwa air kencing unta tidak najis, maka tidak ada masalah. Dan dibolehkan berubat dengan sesuatu yang tidak najis.

Bagi yang mengatakan bahwa air kencing unta najis, maka peristiwa dalam hadis tersebut adalah kerana darurat. Sehingga dibolehkan berubat dengan air kencing unta. Air kencing unta tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan.

Berkata Khatib Syarbini didalam Mughni Muhtaj:

“Adapun perintah Rasulullah s.a.w. kepada al-‘Arayinin untuk meminum kencing unta, tujuannya adalah untuk pengubatan. Dan pengubatan dengan sesuatu yang najis dibolehkan, jika memang yang suci tidak boleh menggantikannya . “ (Mughni Muhtaj)

Kedua : Hadis Ibnu Abbas

Rasulullah bersabda ; “Sesungguhnya dalam air kencing unta dan susunya boleh untuk mengubati sakit perut mereka (rusak pencernaannya)“. (HR. Ahmad, Thabrani dan Thohawi)

Hadis di atas secara tegas menyatakan bahwa air kencing unta dan susunya adalah ubatuntuk sakit pencernaan, dan ini menunjukkan kebolehan berubat dengan keduanya.

Ketiga: Secara Kajian Ilmiah

Terbukti secara ilmiah dan kajian saintifik bahwa air kencing unta yang dicampur dengan susu unta, boleh menyembuhkan belbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser,leukemia (kanser darah), hepatitis, penyakit gula (diabetes), dan penyakit kulit.

Dengan berpandukan dalil-dalil diatas ini menunjukkan bahawa air kencing unta boleh digunakan bagi tujuan perubatan.

Susunan HasnulHadiAhmad.Com

Wallahu’alam….






Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.


Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.


Kuman enterobacter yang tidak merbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.


Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….






No comments:

Post a Comment