PENGENALAN


Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum wbt..

Dalam dunia pendidikan, pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh para pendidik dan juga para pelajar. Sebagai seorang guru, kita perlu mengetahui proses pembelajaran yang boleh mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam kelas agar menjadi lebih menarik dan tidak membosankan murid.

Apabila kita mengimbas kembali sejarah silam sektor pendidikan negara ini untuk beberapa dekad yang lampau, sudah tentu kita tidak dapat merasai senario yang begitu berbeza dengan situasi sekarang iaitu pengaplikasian teknologi di dalam p&p.

Semakin hari kita semakin moden dan teknologi maklumat semakin berkembang dan semakin penting di dalam sistem pendidikan negara kita. Oleh itu,  peranan teknologi maklumat (IT) dalam sistem pendidikan semakin penting di Malaysia dan merupakan satu komponen untuk berhadapan dengan cabaran penerokaan ilmu di alaf ketiga nanti menurut Hassai Hassan pada 1997.


Kini penggunaan internet boleh digunakan sebagai medium pembelajaran berbantukan komputer dan merupakan aset penting bagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari dan universiti maya. Hal ini demikian kerana internet menawarkan pelbagai laman web pendidikan multimedia dan interaktif yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.

Sebenarnya sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak web boleh dijadikan sebagai saluran yang berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu ianya juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh negara.

Justeru itu, melalui tugasan ini penggunaan teknologi dalam pendidikan telah diperkenalkan kepada guru pelatih agar diguna pakai ketika di sekolah  kelak terutamanya penggunaan model ASSURE di dalam Rancangan Pengajaran Harian dan menghasilkan klip video, bahan 2 dimensi ataupun bahan 3 dimensi mengikut RPH yang telah dirancang.

Insya-Allah, di dalam laman web pembelajaran ini, akan dimuatkan pelbagai input-input yang boleh diguna pakai oleh guru-guru untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih menarik lagi. Selamat meneroka.. ^^

No comments:

Post a Comment