RPH MODEL ASSURE


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari                      : Jumaat
Tarikh                  : 4 September 2012
Masa                    : 60 Minit
Tahun                  : 3 Bijak
Bilangan murid   : 28 orang
Umur                    : 9 Tahun
Tema                    : Alam Haiwan
Tajuk                    : Mari Kenali Haiwan

Hasil Pembelajaran :

Fokus utama :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
       memahami perkara yang dibaca.
       Aras 3: Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul

Fokus sampingan :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
       Aras 3: Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:
i)     Membaca teks dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii)    Membina 5 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberi.
Kemahiran Bahasa      : mendengar dan bertutur, membaca, menulis
Tatabahasa                   : ayat tunggal dan ayat majmuk
Ilmu                                : Bahasa Melayu, Pendidikan Seni
Nilai Murni                     : menyayangi, bekerjasama,
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir        : Kemahiran menghubungkait,
Kecerdasan Pelbagai    : kinestatik, intrapersonal, naturalis
Kemahiran Belajar           : Menerima maklumat,
Pengetahuan Sedia ada  : Murid dapat menyatakan pengalaman mereka melawat
                                             zoo.
Bahan Bantu Mengajar  : Video “ Rancangan Siti Moon”, Teks dialog “Perlumbaan antara Sang Arnab dan Sang Kura-Kura”, Kostum Arnab dan Kura-Kura, kertas A4, kad perkataan, Power point “Ayat tunggal dan Ayat majmuk”, Lagu “Burung Kakak Tua”, Lembaran Kerja.


   LANGKAH MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
( 5 Minit )
i)    Video “Rancangan Siti Moon”
ii)  Contoh soalan:
·      Apakah yang dapat dilihat berdasarkan tayangan tersebut.

i)    Murid diminta melihat tayangan video dan menghayatinya.
ii)  Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan video.
iii) Guru menjelaskan tajuk pengajaran pada hari ini.
1.    KB:
Menghubung kait
2.    BCB:
Menonton dengan aktif
3.    BBM:
Video “Rancangan Siti Moon”.
4. Model ASSURE:
Analys
Langkah 1
( 20 Minit )
i)    Teks dialog bertajuk “Perlumbaan Sang Arnab dengan Sang Kura-kura”

i)    Guru mengedarkan helaian teks cerita.
ii)  Murid dipilih untuk melakonkan watak yang diberi berdasarkan teks.
iii) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid berkaitan teks.
1.    KB:
Menjana idea
2.    KP:
Kinestatik
Intrapersonal
Naturalis
Nilai:
Menghargai, menyayangi
3.    BBM:
Teks dialog, Kostum
4.  Model ASSURE:
State Objective
Langkah 2
( 15 Minit )
i)    Permainan “Cuba teka siapa saya? ”
·      Kad perkataan:
v  Itik
v  Ayam
v  Arnab
v  Buaya
v  Harimau
v  Zirafah
v  Monyet
v  Lembu
i)    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
ii)  Kumpulan pertama diminta berada di hadapan kelas dan beratur.
iii)  Ketua kumpulan akan melihat perkataan yang diberikan guru dan perlu melukisnya.
iv)  Setiap ahli secara bergilir-gilir akan melukis gambar tersebut dan murid terakhir akan meneka gambar itu.
v)  Permainan diteruskan mengikut kumpulan.
1. Nilai:
Kerjasama
2.  BBM:
3.  Teknik:
Permainan
Kad perkataan
4.  Model ASSURE:
Select Method

Langkah 3
( 15 Minit )





i)    Power point “Ayat tunggal dan Ayat Majmuk ”
ii)  Tatabahasa
·   Ayat tunggal dan ayat majmuk



i)    Guru memberi penerangan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk.
ii)  Guru mengedarkan lembaran kerja.
iii)  Murid diminta membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar.
1.    KB:
Menjana idea
Menghubung kait
2. BBM:
Power point
Lembaran kerja
3.  Model ASSURE:
Evaluate
Penutup
( 5 Minit )
i)    Rumusan isi pelajaran
ii)  Penerapan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
·         Menyayangi
·         Bekerjasama

iii)  Lagu bertajuk “Burung Kakak Tua’

i)    Guru berbincang dengan murid tentang pelajaran yang dipelajari hari ini.
ii)  Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari .
iii)  Murid dan guru sama-sama menyanyikan lagu.
1.  BBM:
Lagu ‘Burung Kakak Tua’

2.  Model ASSURE:
Require





No comments:

Post a Comment