KESIMPULAN


Secara konklusinya, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang diintegrasikan ke dalam bidang pendidikan mampu membawa satu perubahan yang positif kepada golongan pendidik serta pelajar. Sekaligus mampu melahirkan guru dan pelajar yang celik teknologi pada masa akan datang. Melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sesuatu medium seperti teks, audio, video, grafik dan animasi mampu disampaikan kepada pelajar dengan berkesan melalui rangsangan deria yang lebih efektif. Para pendidik juga mampu menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai satu wadah untuk mengakses dan berkongsi bahan pengajaran dengan murid dan komuniti pengajar yang lain.
            Teknologi maklumat dan komunikasi juga jelas mampu menjadikan sesuatu rancangan pengajaran harian menarik serta berkesan dengan penerapan model reka bentuk pengajaran yang sesuai. Pemilihan model reka bentuk yang sesuai serta bertepatan mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan dengan lancar. Model ASSURE sesuai digunakan untuk perancangan pembelajaran bilik darjah dan guru perlu mahir dalam mengintegrasikan model ini ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Bahan 2 dimensi serta 3 dimensi juga dilihat mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan memudahkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan fakta. Guru sekali lagi perlu memainkan peranan dalam pengendalian kedua-dua bahan ini secara berkesan. Selain itu, video juga mampu menjadikan sesuatu proses P&P itu menarik. Video-video ini diselitkan ke dalam rancangan pengajaran harian mengikut kesesuaian. Penghasilan video yang berkesan adalah berdasarkan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment